“Akhirnya, saya jumpa hadiah untuk ibu bapa ke tanah suci nanti”
Assalamualaikum semua,
Ibu Bapa anda akan ke tanah suci tak lama lagi?
Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada mereka.
Sebagai anak, kita seharusnya gembira dan bersyukur kerana ibu bapa kita akan menjadi tetamu-Nya tidak lama lagi.
Kita sebagai anak juga harus meneliti barangan yang perlu dibawa oleh kedua ibu bapa kita ke sana.
Antara barangan yang perlu adalah pakaian dan ubat ubatan.
Ubat ubatan di Tanah Suci adalah sangat mahal. Jadi, jangan lupa bawa ubat yang selalu ibu bapa kita makan setiap hari ya.
Pakaian yang mencukupi adalah sangat penting untuk memastikan ibu bapa kita selesa beribadah di sana.
Sila bawa baju sejuk dan stokin tebal untuk memastikan mereka berasa nyaman di dalam kapal terbang menuju ke Tanah Suci.
Kain ihram juga sila bawa 2 pasang ya. Kalau anda bawa 1 pasang, pasti tak cukup. Kerana di sana mereka akan sibuk dengan ibadah umrah.
Sila pastikan kain ihram yang dibawa sesuai mengikut musim. Bawa yang tebal semasa musim sejuk dan bawa yang standard semasa musim panas. Saya cadangkan bawa 1400 gram sepasang.
PENTING
Bawa krim tumit sah ketika ihram sekali.
Ini kerana mereka akan banyak berjalan di sana dan akan menyebabkan tumit menjadi merekah dan pecah.
Bila pecah, mereka akan mengalami kesakitan dan sukar berjalan.
Kos yang banyak akan dikeluarkan antaranya kos perubatan, kos kereta sorong, kos upah orang menyorong kereta dan banyak lagi.
Jadi, jika anda sayangkan ibu bapa anda, pastikan mereka membawa krim tumit bersama sama semasa di sana.