Kelengkapan Umrah yang Sering Dipandang Remeh – Part 2
Di posting yang lepas [lihat sini] kita telah berbicara tentang beberapa kelengkapan umrah yang sering dipandang remeh oleh para jemaah tetapi jika di bawa bersama ke tanah suci ia sebenarnya sangat memberi kesan kepada kelancaran urusan anda untuk mengerjakan umrah. Pada kali ini, kami akan bercerita tentang beberapa lagi barangan kelengkapan umrah yang dilihat sebagai tidak penting tetapi jika di bawa bersama ketika mengerjakan umrah ianya sangat membantu terutama di dalam situasi yang tidak terduga.
- Penyangkut Baju
Kebiasaannya, hanya dua atau tiga buah penyangkut baju sahaja yang disediakan oleh pihak hotel malah ada sesetengah hotel yang tidak menyediakan penyangkut baju. Sesetengah jemaah menganggap menggunakan penyangkut yang sedia ada sudah cukup untuk mereka tetapi sebenarnya dengan membawa penyangkut baju lebih daripada rumah sangat membantu lebih-lebih lagi untuk menyangkut pakaian yang baru dibasuh dan ingin dikeringkan. Disebabkan itu, penyangkut baju termasuk dalam senarai kelengkapan umrah yang sering dipandang enteng tapi sebenarnya sangat penting. Bawa pelbagai jenis penyangkut mengikut kesesuaian secukupnya.
- Uncang Kasut
Bagi jemaah yang baru pertama kali mengerjakan umrah, kelengkapan umrah yang ini sering dilepas pandang. Ada juga yang masih tidak pasti akan kegunaan uncang kasut ini. Uncang kasut ini berguna ketika anda hendak masuk ke masjid. Simpan selipar/kasut anda ke dalam uncang dan bawa sekali ke dalam masjid. Ini dapat mengelakkan anda daripada lupa atau tertukar dengan orang lain jika meletakkannya di luar. Jika barangan ini tidak disediakan oleh ejen umrah anda, ianya boleh didapati di kedai-kedai menjual barangan umrah atau anda boleh membuatnya sendiri.
- Payung Kecil
“Payung? Musim hujan ke di sana? Bukan dekat sana selalu panas ke?” Pasti ada di dalam benak fikiran sebahagian daripada anda persoalan seperti ini. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan begitu juga dengan kelengkapan umrah ini. Jika anda dapat merasai hujan di tanah suci, ianya satu rezeki tetapi jika tidak, anda boleh gunakan payung untuk lindungi diri daripada terik mentari apabila ingin berjalan-jalan di sana. Bawa payung yang bersaiz kecil atau yang boleh dilipat agar mudah dimasukkan ke dalam bagasi dan dibawa kemana-mana.
- Sejadah Kecil
Kelengkapan umrah yang ini sangat berguna apabila anda menziarahi masjid-masjid di sana. Karpet di sesetengah masjid di sana agak berdebu dan kotor. Jadi, anda boleh menggunakan sejadah ini apabila hendak solat untuk mengelakkan anda dari terhidu debu atau bau-bau lain dan lebih khusyuk bersolat.
- Pelembab Bibir/Lip Balm (Sah Ihram)
Cuaca yang kering di sana akan menyebabkan bibir anda cepat kering dan merekah. Hal ini akan menyebabkan anda sukar untuk berzikir dan beribadah apabila bibir merekah dan mendatangkan kesakitan. Kos ubat farmasi di sana pula begitu mahal dan sudah tentu akan mengambil masa untuk sembuh.
Oleh itu, persediaan lebih awal itu perlu untuk mengelakkan ia lebih berlaku. Bawa bekalan pelembab bibir anda ke sana untuk memastikan bibir anda kekal lembab tetapi PERHATIAN! Sila pastikan pelembab bibir yang anda bawa boleh dipakai semasa ihram atau sah ihram. Pelembab yang digunakan wajib tidak mengandungi pewangi. Jika anda tercari-cari di mana anda boleh dapatkan kelengkapan umrah ini, anda boleh dapatkan produk berjenama SUCHI yang memang dikenali dengan produk-produk sah ihram. Saya akan bercerita serba sedikit kenapa anda perlu membeli dan mempercayai Pelembab Bibir by SUCHI ini di bawah.
PELEMBAB BIBIR SUCHI
- 100% buatan bumiputera dan kilang pembuatannya mempunyai status halal dan GMP
- Sah digunakan semasa ihram dan disokong oleh Mantan Timbalan Mufti Negeri Sembilan.
- Diperbuat daripada bahan-bahan natural seperti minyak zaitun, minyak bunga matahari, shea butter, aloe vera dan beeswax dan tidak mengandungi bahan pewangi.
- Terasa ringan apabila dipakai seperti anda tidak memakai apa-apa pelembab di bibir.
Kesimpulannya, barang-barang kelengkapan umrah yang disebutkan di atas adalah sangat penting untuk memastikan kita sentiasa bersedia terhadap segala kemungkinan yang akan berlaku. Kebiasaannya, perkara yang kita selalu pandang remeh itulah perkara yang paling kita perlukan apabila sesuatu terjadi. Selain itu, para jemaah harus memastikan barangan yang meraka gunakan boleh dibawa bersama ketika ihram agar ibadah yang dilakukan dapat diterima oleh Allah S.W.T. Bagi para jemaah yang ingin mencari produk-produk kosmetik umrah yang diyakini sah ihram, produk-produk keluaran SUCHI adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Ingat produk sah ihram, ingat SUCHI!