Tips Umrah – Mengekalkan Kelembapan Kulit Ketika Umrah
Seperti yang sedia maklum, cuaca Tanah Arab yang kering dan panas sangat memberi kesan kepada para jemaah yang datang daripada Malaysia. Jika kita ingin bandingkan purata suhu dan kelembapan antara Tanah Arab dan Malaysia, perbezaannya sangat ketara. Hal ini akan menyebabkan kulit kita yang sudah biasa dengan tahap kelembapan yang tinggi di Malaysia ini mudah menjadi kering. Pada hari ini kami akan berkongsi tips umrah tentang bagaimana untuk mengekalkan kelembapan kulit anda sepanjang mengerjakan umrah. Sebelum itu, mari kita lihat apakah ciri-ciri kulit anda kering,
Tanda-Tanda Kulit Kering
- Kulit anda akan kelihatan kering dan kasar.
- Kulit menjadi bersisik atau menggelupas dan boleh menyebabkan luka.
- Gatal dan kemerahan.
- Kulit terasa tegang lebih-lebih lagi setelah mandi.
Melakukan ibadah umrah dalam keadaan kulit yang kering akan mendatangkan ketidakselesaan kepada diri kita lalu mengganggu konsentrasi untuk beribadah dengan baik. Bukan itu sahaja, penambahan kos dalam bajet umrah turut berlaku disebabkan perlu membeli ubat yang mahal di farmasi di sana. Berikut merupakan sedikit tips untuk mengekalkan kelembapan kulit anda,
Tips Umrah – Cara Mengekalkan Kelembapan Kulit Ketika Umrah
- Kerap basahkan kulit ataupun mandi.
- Minum air secukupnya.
- Gunakan sabun yang lembut.
- Gunakan pelembab selepas mandi.
Sabun dan pelembab yang anda gunakan haruslah tidak mengandungi pewangi kerana ianya tidak dibenarkan ketika di dalam ihram. Anda harus membayar dam jika menggunakan produk yang mengandungi pewangi dengan sengaja. Bagi pelembab, gunakan pelembab yang tidak berminyak sebaiknya pilih produk yang tidak akan menghalang pengaliran air wudhu’ dan memberi keselesaan sewaktu anda menggunakannya.
Memperkenalkan Losyen SUCHI
Losyen keluaran SUCHI ini dikeluarkan khas bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah sebagai persediaan untuk memastikan kulit sentiasa kering dan segar sepanjang mengerjakan ibadah umrah. Anda tidak perlu risau lagi dengan persoalan sama ada produk ini SAH IHRAM atau tidak kerana ianya telah disahkan sebagai SAH IHRAM oleh mantan Timbalan Mufti Negeri Sembilan [baca sini]. Ibarat tagline SUCHI “YAKIN DAN SELAMAT”, anda tidak perlu rasa was-was lagi untuk mengerjakan umrah dengan menggunakan losyen SUCHI ini.
Cara penggunaan losyen ini amat mudah, hanya anda perlu sapukan losyen ini di kawasan kulit anda yang terdedah kepada cahaya matahari atau berpotensi menjadi kering dengan cepat. Losyen yang merupakan “waterbased” ini akan membuatkan anda merasa ringan seperti tidak memakai apa-apa apabila anda menggunakannya. Selain itu, ia juga mudah meresap dan tidak akan mengganggu pengaliran air wudhu’ kerana tidak mengandungi minyak.
Anda boleh membeli losyen keluaran SUCHI di [sini].
Kesimpulannya, keadaan cuaca di Mekah yang panas dan kering akan memudahkan kulit badan kita menjadi kering dan mudah mendapat kecederaan. Kos untuk membeli ubat-ubatan bukanlah murah dan belum tentu dapat disembuhkan dengan cepat. Oleh itu, pencegahan yang awal untuk memastikan kulit sentiasa kering ketika umrah itu penting untuk memastikan perjalanan umrah kita berjalan lancar. Diharapkan tips umrah untuk memastikan kulit lembab ini dapat membantu anda membuat persediaan sebelum mengerjakan umrah.