Tips Umrah : Melindungi Kulit Muka Ketika Umrah
Pada tips umrah yang lepas kita telah berbincang mengenai cara untuk mengekalkan kelembapan kulit semasa umrah [lihat sini]. Kali ini, kami ingin berkongsi tips umrah untuk melindungi kulit muka anda ketika melakukan ibadah umrah.
Umum mengetahui, melakukan ibadah di dalam keadaan terbuka ketika menunaikan umrah mendedahkan diri kita kepada sinaran radiasi UV. Kulit yang terdedah kepada sinaran UV dalam keadaan yang terlalu lama akan meningkatkan risiko untuk merosakkan kulit dan mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya.
Apa Itu Sinaran UV?
UV bermaksud ultraviolet. Sinaran UV ini datang daripada matahari dan terdapat dua jenis sinaran UV yang terhasil daripada matahari iaitu UVA dan UVB
UVA – Menyebabkan penuaan sel kulit dengan pantas dan merosakkan DNA kulit. Pendedahan kepada sinaran ini dengan terlalu lama boleh menyebabkan kulit kelihatan lebih tua dan meningkatkan risiko menghidapi kanser kulit.
UVB – Tenaga daripada sinaran UVB lebih kuat sedikit berbanding UVA. Ia boleh merosakkan DNA kulit secara terus. Sinaran ini juga merupakan punca utama yang menyebabkan “sunburns”.
Untuk melindungi kulit daripada sinaran radiasi UV, krim pelindung SPF diperlukan.
Apa itu SPF?
SPF membawa maksud (Sun Protecting Factor) yang menunjukkan kebolehupayaan krim perlindungan anda untuk melindungi kulit daripada sinaran UV. Sebagai contoh mudah untuk difahami, jika kulit anda boleh bertahan selama 10 minit di bawah cahaya matahari, krim pelindung dengan SPF 15 mampu melindungi kulit anda selama 10 minit x 15 = 150 minit.
Namun begitu, ini tidaklah bermaksud krim dengan SPF yang lebih tinggi itu lebih baik daripada yang mempunyai SPF yang rendah. Mengikut kajian, krim pelindung dengan SPF 50 ke bawah sudah mencukupi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV.
Krim dengan SPF melebihi 50 kebiasaannya mengandungi bahan kimia yang tidak seimbang untuk melindungi kedua-dua UVA dan UVB. Ia selalunya lebih berfungsi melindungi kulit daripada sinar UVB daripada UVA. Selain itu, krim dengan SPF yang tinggi ini menggunakan bahan kimia untuk menapis cahaya matahari dengan konsentrasi yang tinggi berbanding krim SPF rendah. Sebahagian bahan ini mungkin akan memberi kesan kepada kesihatan apabila diserap kedalam badan melalui kulit. Oleh itu, menggunakan krim SPF yang tidak melebihi SPF 50 adalah wajar.
Krim Pelindung UV Umrah
Berbalik kepada tips umrah kita pada kali ini iaitu melindungi kulit muka ketika umrah. Setelah membaca serba sedikit pengetahuan tambahan yang disebutkan di atas, anda tentu faham kenapa anda perlu menggunakan krim pelindung UV ketika mengerjakan umrah. Selain memastikan kulit anda terlindung daripada sinaran UV, ia juga memastikan sel-sel kulit anda kekal muda.
Seperti biasa, produk-produk yang hendak digunakan ketika umrah haruslah yang boleh dipakai ketika ihram. Terdapat banyak produk pelindung kulit di luar sana tetapi belum tentu anda yakin hendak menggunakannya ketika umrah.
Apabila anda ingin mencari produk yang boleh dibawa ketika Ihram, sudah tentu produk keluaran SUCHI wajib menjadi pilihan kerana ianya telah disahkan sebagai SAH IHRAM. SUCHI turut mengeluarkan produk pelindung muka dengan SPF 25 untuk kemudahan mereka yang ingin mengerjakan umrah. Kini, anda tidak perlu runsing untuk mencari krim muka yang boleh dipakai ketika ihram lagi.
Krim Muka SPF 25 SUCHI
Krim muka dengan SPF 25 ini sudah cukup untuk digunakan sebagai pelindung muka anda ketika umrah. Bukan itu sahaja, anda turut boleh gunakannya di Malaysia ketika musim panas. Krim muka SUCHI dengan SPF 25 ini berfungsi untuk memutih, melembab dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV. Ia diperkaya dengan khasiat Minyak Zaitun(Olive Oil), Lidah Buaya(Aloevera) dan Minyak Bunga Matahari.
Natijahnya, tips umrah pada kali ini mengetengahkan tentang kepentingan penjagaan kulit muka ketika mengerjakan umrah supaya kulit muka sentiasa dalam keadaan segar dan elok. Sebarang penyakit berkaitan akan dapat dielakkan jika persediaan serta penjagaan yang rapi dilakukan dan segala urusan mengerjakan umrah dapat berjalan dengan lancar. Semoga tips umrah ini dapat membantu anda dan diharapkan anda dapat mengerjakan umrah dengan keadaan yang baik dan pulang dengan keadaan yang lebih baik.
Jika anda berminat untuk membeli produk ini boleh klik [sini].
atau
Jika anda berminat untuk membeli set travel SUCHI yang turut mengandungi Krim SPF 25 boleh klik [sini].
Rujukan :
Ultraviolet Radiation. The Known Health Effects of UV. Retrieved from http://www.who.int/uv/faq/uvhealtfac/en/index2.html
What Does SPF Stand For? Understanding how a sunscreen works helps you get the best protection. Retrieved from https://www.consumerreports.org/cro/magazine/2015/05/what-does-spf-stand-for/index.htm
What’s Wrong With High SPF? Retrieved from https://www.ewg.org/sunscreen/report/whats-wrong-with-high-spf/