Tips Untuk Mengelakkan Badan Berbau Ketika Umrah
Bau badan yang tidak menyenangkan boleh menyebabkan orang sekeliling menjauhkan diri daripada anda akibat tidak selesa. Ketika umrah, kehadiran bau badan ini akan mengganggu konsentrasi orang lain untuk mengerjakan ibadah. Bukan itu sahaja, kita turut akan berasa segan untuk berdekatan dengan orang lain disebabkan bau badan sendiri. Suasana di Tanah Arab yang panas ditambah lagi dengan bilangan jemaah yang padat menyebabkan badan kta senang berpeluh dan cepat berbau.
Ramai menganggap bahawa bau badan yang timbul adalah disebabkan oleh peluh tetapi fakta tersebut sebenarnya agak kurang tepat. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya bau badan terhasil daripada reaksi bakteria kulit kita memecahkan peluh (protein) kepada asid. Mereka yang mempunyai penyakit seperti kencing manis dan hyperhidrosis (keadaan berpeluh secara berlebihan) lebih berisiko untuk mengeluarkan bau badan dengan cepat.
Cara Menghilangkan Bau Badan
Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan bau badan antaranya;
- Membersihkan badan dengan kerap – untuk membersihkan badan daripada bakteria.
- Menggunakan sabun anti-bakteria.
- Mencuci bahagian mudah berbau seperti ketiak.
- Mengurangkan memakan makanan yang pedas, mengandungi bawang dan daging merah kerana ia menyebabkan peluh lebih berbau.
- Menggunakan produk yang mematikan bau seperti deodorant dan antiperspirant.
Bagaimana Deodorant dan Antiperspirant Berfungsi?
Deodorant – Bertindak sebagai “bayangan” untuk menggantikan bau busuk yang keluar daripada badan dengan bau yang terkandung dalam deodorant.
Antiperspirant – Mengandungi Aluminium Chloride yang berfungsi untuk mengurangkan peluh yang keluar daripada badan.
Menggunakan Deodorant Ketika Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan umrah, memastikan badan kekal tidak berbau semasa mengerjakan ibadah dapat menenangkan fikiran. Hal ini kerana mereka tidak perlu risau jikalau bau badan mereka akan mengganggu jemaah lain. Namun begitu, penggunaan minyak wangi tidak dibenarkan semasa di dalam ihram. Produk-produk yang dijual di pasaran sekarang kebanyakannya mengandungi pewangi kerana ianya disasarkan untuk kegunaan harian dan bukan untuk kegunaan umrah dan haji.
Persoalan yang timbul dari situasi ini adalah bagaimana ingin menjaga bau badan jika wangian tidak boleh digunakan ketika umrah?
Jangan risau, bukan kesemua deodorant yang dijual di luar sana yang mengandungi pewangi. Terdapat juga produk yang dikeluarkan dengan menyasarkan pengguna yang ingin menunaikan umrah dan haji. SUCHI merupakan jenama yang dikenali, dipercayai dan diyakini para jemaah untuk digunakan ketika umrah dan haji. Status Sah Ihram yang dipersetujui oleh Mantan Timbalan Mufti Negeri Sembilan meguatkan lagi keyakinan pengguna produk SUCHI.
Deodoran Sah Ihram
Jika anda mencari deodoran yang boleh dipakai semasa Ihram, anda di tempat yang betul dan teruskan membaca.
Memperkenalkan Deodoran Suchi! Deodoran yang bertindak untuk mengawal peluh dan bau badan ketika anda melakukan aktiviti sama ada ketika umrah atau aktiviti harian. Ia boleh mengatasi kulit kering, anti inflamasi dan menghapuskan bakteria. Deodoran ini mampu untuk mengekalkan kesegaran sehingga 48 jam dan yang paling penting ia tidak mengandungi pewangi!
Jika anda berminat dan inginkan maklumat lanjut, sila klik [sini].
Rujukan;
Body Odor. Retrieved from https://www.nhs.uk/conditions/body-odour/
What’s to Know About Body Odor? Retrieved from https://www.medicalnewstoday.com/articles/173478.php
What is Hyperhidrosis? Retrieved from https://www.medicalnewstoday.com/articles/182130.php
Which Chemicals Make Deodorants and Antiperspirants Work? Retrieved from https://www.chemservice.com/news/2014/08/which-chemicals-make-deodorants-and-antiperspirants-work/