fbpx

Panduan Umrah – Rukun Umrah Part 1

panduan umrah

Mungkin ada sebahagian daripada kita yang masih mengingati rukun umrah yang dipelajari di dalam silibus pendidikan Islam sewaktu SPM. Namun, saya yakin masih ada antara kita yang sudah pun terlupa malah ada yang keliru di antara rukun umrah dan haji. Jadi, dalam siri panduan umrah kali ini kita akan mengulang-kaji semula rukun-rukun umrah. Rukun umrah terbahagi kepada lima iaitu Niat Ihram, Tawaf, Saei, Bergunting atau Bercukur dan Tertib. Kami akan terangkan satu persatu mengikut tertibnya.

  1. Niat Ihram

Jemaah hendaklah berniat ketika berada di miqat iaitu sempadan yang menandakan ibadah haji/umrah seseorang itu bermula. Bagi jemaah yang menaiki kapal terbang terus ke Mekah, kawasan miqat yang ditentukan adalah semasa kapal terbang melintasi Qarnu Manazil (akan diumumkan juruterbang) manakala jemaah yang datang dari Madinah haruslah berniat ketika di Masjid Bir Ali.

Lafaz Niat:

Panduan Umrah - Niat

Selepas berniat, para jemaah hendaklah meninggalkan perbuatan yang haram dilakukan semasa ihram dan disunatkan untuk perbanyakkan bertalbiah.

Lafaz Talbiah adalah seperti berikut:

Panduan Umrah - Talbiah

Anda WAJIB meninggalkan segala perbuatan yang membatalkan ihram bermula dari saat ini sehingga anda tamat mengerjakan umrah.

Berikut merupakan perkara-perkara yang membatalkan Ihram,

Pakaian

  • Memakai pakaian berjahit atau bercantum (bagi lelaki)
  • Menutup muka (wanita)
  • Memakai sarung tangan
  • Menutup seluruh atau sebahagian kepala (lelaki)

Kecantikan

  • Menanggalkan mana-mana rambut atau bulu daripada anggota badan.
  • Memotong kuku.

Wangian

  • Memakaian bau-bauan atau produk yang mengandungi bauan sama ada pada badan atau pakaian.
  • Jika anda mencari produk SAH IHRAM yang TIDAK MENGANDUNGI WANGIAN anda boleh dapatkan produk-produk keluaran SUCHI [di sini].
  • Memakai minyak di kepala atau janggut.

Hubungan Jantina

  • Melakukan mukadimah jimak atau melakukan jimak.
  • Menguruskan perkahwinan, menerima wakil kahwin atau berkahwin.

Alam Sekitar

  • Memburu binatang yang boleh dimakan.
  • Mencabut, memotong atau mengerat pokok di Tanah Haram.

 

  1. Tawaf

Tawaf dilakukan dengan mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan. Niat tawaf adalah “Aku berniat tawaf umrah di Kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.

Berikut merupakan syarat sah tawaf:

  • Menutup aurat seperti ketika solat.
  • Hendaklah dilakukan di luar kaabah (Hijr Ismail dan Syazarawan dikira sebagai kawasan dalam kaabah) tetapi masih berada di dalam kawasan masjidil haram.
  • Bersih diri, pakaian dan laluan tawaf daripada najis.
  • Memulakan tawaf dari sudut Hajarul Aswad.
  • Kaabah berada di kiri bahu dan berjalan mengikut arah berlawanan jam.
  • Suci daripada hadas kecil dan besar.
  • Melakukan tujuh keliling dengan yakin dan cukup.
  • Lihat ilustrasi di bawah untuk lebih memahami.

Anda juga boleh melakukan perkara-perkara sunat seperti yang berikut semasa atau selepas melakukan tawaf,

  • Mengangkat tangan sambil menghadap Hajarul Aswad sambil bertakbir di saat memulakan ibadah tawaf.
  • Berdoa, berzikir atau membaca Al-Quran semasa bertawaf.
  • Melakukan solat sunat selepas tawaf di belakang Maqam Ibrahim.
  • Mengusap dan mencium Hajarul Aswad jika mampu.
  • Minum air zamzam dan sapukan di kepala setelah selesai solat sunat 2 rakaat.

Sebagai persediaan sebelum tawaf, anda boleh:

  • Sapukan Losyen Kulit SUCHI untuk memastikan kulit anda sentiasa lembab dan sihat.
  • Sapukan Krim UV SPF 25 SUCHI utntuk melindungi kulit muka daripada sinaran radiasi matahari.
  • Bawa bersama Losyen B’Fit SUCHI sebagai persediaan untuk digunakan jika menghidapi sakit-sakit sendi dan otot ketika melakukan umrah.
  • Gunakan Krim Tumit SUCHI untuk memastikan tumit anda sentiasa lembab dan tidak pecah semasa melakukan ibadah.

Produk-produk di atas SAH untuk dibawa ketika Ihram dan anda boleh dapatkannya di [sini].

Sekian saja siri panduan umrah pada kali ini.

Siri Panduan Umrah – Rukun Umrah ini telah dibahagikan kepada dua bahagian untuk memudahkan pembacaan anda.

Baca part 2 di [sini].

Panduan umrah Keperluan Umrah - Produk Suchi kelengkapan umrahpanduan umrah dalam ihram ketika umrah suchi kosmetik haji umrah sah ketika ihram krim haji kelengkapan umrah

 

Rujukan:-

Buku Panduan Ringkas Ibadah Umrah Edaran Percuma V2.0. Retrieved from http://mimmtravel.com/wp-content/uploads/bukupanduanumrah2017-FINAL.pdf

Tagged , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *