fbpx

Panduan Umrah – Rukun Umrah Part 2

rukun umrah

Bahagian kedua Panduan Umrah – Rukun Umrah ini akan menyambung semula perbicaraan kita mengenai rukun umrah yang telah ditulis pada posting sebelum ini. Jika anda belum membaca bahagian pertama rukun umrah ini, anda perlu membacanya di [sini]. Rukun pertama dan kedua iaitu Niat dan Tawaf telah diterangkan dalam bahagian pertama. Oleh itu, kita akan sambung perbincangan pada posting kali ini dengan rukun-rukun seterusnya iaitu Saei, Tahalul dan Tertib.

3. Saei

Ibadah Saei dilakukan sejurus selepas tawaf dengan berlari-lari anak atau berjalan cepat sebanyak tujuh kali perjalanan ulang alik yang bermula daripada Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.

Untuk pengetahuan anda, saei ini merupakan refleksi pengorbanan dan perjuangan seorang ibu (Siti Hajar) yang berulang alik untuk mencari air bagi dirinya dan juga anaknya (Nabi Ismail A.S).

Syarat Saei:

  • Wajib berniat di dalam hati.
  • Mengekalkan niat bersaei dari mula sehingga tamat kesemua pusingan.
  • Mulai daripada Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah.
  • Satu pusingan dikira dari safa ke marwah dan pusingan seterusnya dari marwah ke safa dikira sebagai pusingan kedua dan seterusnya. Pastikan cukup dilakukan sebanyak tujuh kali.
  • Pastikan anda sampai ke penghujung kawasan saei di Bukit Safa dan Marwah setiap kali pusingan.

Nota tambahan:

  • Tiada bacaan khusus ketika bersaei. Anda boleh berzikir atau membaca Al-Quran ketika bersaei.
  • Sapukan Losyen B’Fit Sah Ihram jika mengalami sakit-sakit sendi atau otot ketika melakukan saei.
  • Gunakan Krim Tumit Sah Ihram untuk memastikan tumit kekal lembab dan tidak pecah ketika anda melakukan saei.

Perkara-perkara sunat semasa saei:

  • Baca ayat berikut ketika mendaki Bukit Safa,

 

rukun umrah

  • Kemudian baca,

rukun umrah

  • Disunatkan berlari-lari anak di kawasan lampu hijau seperti di gambar di bawah bagi lelaki.

rukun umrah

4. Tahalul

  • Bertahalul bererti mencukur atau memotong pendek rambut.
  • Bagi lelaki, afdhal jika bercukur botak.
  • Bagi wanita, cukup sekadar menggunting beberapa helai rambut.
  • Utamakan rambut sendiri dahulu sebelum memotong rambut orang lain.

Perbuatan bertahalul ini adalah simbol pelepasan diri daripada larangan Ihram. Ia juga mengandungi makna membersihkan diri daripada perkara yang kotor dan pemikiran yang tidak bermafaat dan digantikan dengan perkara-perkara yang baik.

5. Tertib

Tertib bermaksud menunaikan rukun umrah mengikut urutan.

Niat > Tawaf > Saei > Tahalul > Tertib

Apabila selesai melakukan kesemuanya dengan tertib, maka tamatlah sudah ibadah umrah anda. Semoga dengan panduan yang serba ringkas ini dapat membantu anda untuk mengingati dan memahami rukun umrah sebagai persediaan untuk ke Tanah Suci.

Jika anda ingin mendapatkan panduan lengkap umrah anda boleh dapat kan buku panduan umrah yang disediakan mimm travel & tours di [sini].

Jika anda ingin membeli produk-produk kelengkapan umrah atau kosmetik umrah yang boleh dibawa anda boleh lihat di [sini].

 

Rujukan:-

Buku Panduan Ringkas Ibadah Umrah Edaran Percuma V2.0. Retrieved from http://mimmtravel.com/wp-content/uploads/bukupanduanumrah2017-FINAL.pdf

Tagged , , ,

1 thought on “Panduan Umrah – Rukun Umrah Part 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *