fbpx

Umrah 2019 – Situasi ini mungkin terjadi kepada anda

Umrah 2019

“Ini merupakan kali pertama saya mengerjakan umrah. Sekarang merupakan musim sejuk di Tanah Suci. Saya jangkakan tidak akan ada apa-apa masalah malah situasi akan lebih baik kerana cuaca tidak panas dan lebih lembab tetapi sebaliknya yang berlaku. Pada hari ketiga sahaja telah timbul masalah pada tumit kaki saya. Pada awalnya tumit hanya menjadi bersisik kemudian mengeras dan lama kelamaan ia mula merekah dan pecah. Ianya amat menyakitkan dan menyukarkan saya untuk melakukan ibadah. Kos ubatan farmasi di sana pula sangat mahal.” – Encik Syukri, 45 Tahun.

Situasi seperti ini mungkin terjadi kepada umrah 2019 anda jika tidak mempersiapkan diri anda dengan teliti untuk mengerjakan umrah. Di manakah silap Encik Syukri dalam hal ini?

Kesilapan dia adalah menyangkakan bahawa umrah musim sejuk adalah sama sahaja seperti musim panas malah menyangkakan cuaca yang sejuk akan menjadikan suasana di sana akan sama seperti berada di Malaysia. Ya, cuaca mungkin akan lagi sejuk dari kebiasaan tetapi kelembapan di Malaysia dan Tanah Arab masih jauh berbeza. Kulit badan kita tidak akan mudah beradaptasi dengan suasana yang baru dan akan terkejut dengan suasana kering di sana.

Dalam situasi Encik Syukri ini tumit dia telah pecah disebabkan perubahan iklim ditambah lagi dengan kesan berjalan dan menunaikan ibadah yang mempercepatkan lagi masalah itu timbul. Mari kita lihat apakah antara simptom, punca dan langkah pencegahan tumit pecah.

Simptom:

Tumit kelihatan Berkilat & Bersisik

Tumit Mulai Mengeras

Tumit Merekah dan Pecah

umrah 2019

Punca:

  • Musim sejuk
  • Kurang air
  • Genetik
  • Berat Badan
  • Kebersihan
  • Tekanan terhadap tumit
  • Kekurangan Zat Seperti Vitamin dan Mineral

Langkah Pencegahan:

  • Minum air dengan secukupnya berdasarkan keperluan badan.
  • Kawal pemakanan untuk mengekalkan berat badan.
  • Sapukan madu kerana ia merupakan antimicrobial dan antibacterial.
  • Gunakan Minyak Zaitun untuk melembabkan kulit.

Bagaimana mahu gunakan minyak zaitun dan madu sekali? Agak sukar untuk membawa kedua-duanya sekali ketika umrah.

Kenapa perlu bawa dua barangan yang berasingan jika anda boleh dapat produk yang mempunyai kedua-duanya sekali?

Ya! Anda boleh dapatkan Krim Tumit SUCHI. Ia mengandungi bahan semulajadi seperti Lilin Lebah, Lidah Buaya, Minyak Zaitun dan Minyak Bunga Matahari. Bukan itu sahaja, ia menggunakan bahan asas air yang membuatkannya tidak begitu berminyak dan mudah serap. Anda akan berasa seperti tidak memakai apa-apa bila gunakannya.

Apa yang membezakan Krim Tumit SUCHI dengan produk krim tumit lain? 

Perbezaan yang paling ketara adalah ianya SAH IHRAM dan diperbuat daripada bahan semulajadi. Produk-produk diluar sana belum tentu SAH IHRAM dan sudah tentu diperbuat daripada banyak bahan kimia yang berbeza-beza. Bukan itu sahaja, status SAH IHRAM SUCHI ini telah diluluskan oleh Mantan Timbalan Mufti Negeri Sembilan [lihat sini].

umrah   umrah

Kesimpulannya, bagi mereka yang sedang membuat persiapan untuk umrah 2019 lebih-lebih lagi yang akan ke sana pada musim sejuk, jangan terlalu ambil ringan akan kemungkinan yang akan berlaku terutamanya berkaitan dengan kesihatan anda. Diharap anda dapat melakukan umrah 2019 anda dengan baik dan berjaya mendapatkan umrah mabrur. Jangan lupa dapatkan produk sah ihram daripada SUCHI. [beli sini]

Tagged , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *