fbpx

TARIKH CUTI SEKOLAH 2019 DAN NEGARA UNTUK DILANCONGI

Setiap kali masuk tahun baru, pasti setiap daripada kita terutamanya yang mempunyai anak akan memeriksa cuti sekolah yang akan datang pada tahun tersebut. Bukan apa, pada waktu cuti inilah waktu yang paling sesuai untuk mengeratkan kembali perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Hal ini kerana pada hari biasa ibu bapa bekerja dan anak-anak pula bersekolah jadi tidak dapat meluangkan masa bersama dengan lama. Begitu juga dengan tahun 2019 ini, pasti ada yang sudah merancang percutian untuk cuti sekolah 2019.

Pada zaman sekarang, segala perkara berkenaan dengan percutian harus dibuat terlebih awal. Jika tidak, agak sukar kerana permintaan yang tinggi menyebabkan perkara-perkara seperti tempat penginapan dan kenderaan akan cepat penuh. Disebabkan itu, kebanyakan ibu bapa telah merancang percutian semenjak awal tahun lagi malah ada yang telah merancang dari tahun sebelumnya.

Oleh yang demikian, pada artikel kali ini kami akan menyenaraikan tarikh-tarikh cuti sekolah 2019 dan cadangan kawasan percutian luar negara yang menarik dilawati untuk memudahkan anda merancang percutian tahun 2019 anda.

Tarikh Cuti Sekolah 2019

Tarikh Cuti Sekolah2019

Jumlah Hari

Cuti

23/3 – 31/3

9 Hari

Cuti Pertengahan Penggal 1

25/5 – 9/6

16 Hari

Cuti Pertengahan Tahun

10/10 – 18/10

8 Hari

Cuti Pertengahan Penggal 2

23/11 – 31/12

39 Hari

Cuti Akhir Tahun

Negara-Negara Menarik Untuk Dilawati

Sekarang anda sudah tahu bila cuti sekolah 2019 kan? Jadi anda sudah boleh merancang dan menyimpan wang sebagai bajet untuk percutian anda. Sebelum itu, mungkin anda tertanya-tanya kemanakah destinasi terbaik untuk dilawati kan?

Ada yang lebih suka berjalan di dalam negara sahaja, ada juga yang suka meluaskan lagi pemandangan mereka ibarat pepatah, “Jauh berjalan luas pemandangan”. Tidak kisahlah kemana jua anda pergi, yang penting anda dapat meluangkan masa berkualiti dengan keluarga. Bagi saya, saya lebih suka jika dapat melancong ke luar negara kerana dapat keluar dari zon selesa dan melihat adat dan budaya negara luar.

Bagi mereka yang ingin keluar negara, di sini ada beberapa cadangan negara yang menarik untuk anda lawati cuti sekolah 2019 ini.

JEPUN

Negara yang dikenali dengan ketinggian budaya, kehebatan dalam bidang inovasi, teknologi dan hiburan mereka serta sikap dan mentaliti rakyat yang sentiasa berdisiplin. Di sebalik melancong untuk melihat budaya mereka anda juga dapat melihat kemajuan dan permodenan di Jepun. Walaupun negara membangun, mereka masih menjaga dan mengekalkan kebudayaan mereka. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi, dan setiap perjalanan ibarat pengembaraan.

cuti sekolah 2019  

Cuti Sekolah 2019

KOREA SELATAN

Semakin dikenali dengan ledakan program-program, drama dan ikon-ikon hiburan mereka, Korea Selatan mula mendapat tumpuan sebagai antara destinasi percutian pilihan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda. Program-program hiburan ini menjadi medium promosi tidak langsung negara mereka seterusnya menarik minat pelancong ke sana. 

Merupakan rumah kepada 10 tapak warisan dunia yang diiktiraf UNESCO seperti istana-istana imperium, kubur-kubur kuno dan juga kuil serta kubu. Selain itu, ia juga mempunyai keajaiban semula jadi yang menarik seperti Pulau Gunung Berapi Jeju, Air Terjun Cheonjeyeon, Taman Negara Wolchulsan, dan Gunung Seoraksan. Terdapat banyak aktiviti luaran yang boleh dilakukan seperti mengembara, berbasikal, dan bermain ski di jeram, dan menjelajah pulau-pulau di sekitar kawasan itu.

Cuti sekolah 2019 Cuti Sekolah 2019

AUSTRALIA

Bila dengar tentang Australia, pasti bayangan Ikan Lumba-Lumba dan Kangaroo bermain di fikiran anda. Keindahan negara ini yang mempunyai banyak habitat hidupan liar menjadi tarikan utama selain suasana dan pemandangan yang indah dan pelbagai di sini. Anda tidak perlu risau akan pergerakan anda dari satu tempat ke satu tempat kerana di sini kemudahan pengangkutan awam mereka berkelas dunia.

Cuti Sekolah 2019 Cuti Sekolah 2019

TURKEY

Jika di Malaysia Melaka merupakan bandar bersejarah. Turki pula dikenali sebagai muzium terbuka terbesar dunia. Semenjak berabad, Turki telah menerima pelbagai budaya dalam sejarah negara ini dan yang paling memberi kesan kuat adalah pada zaman Empayar Roman dan Empayar Uthmaniah. Negara ini boleh dikatakan negara berbeza dengan tarikan kontemporari, semula jadi dan sejarahnya. Terdapat banyak tempat untuk diteroka di sini dari pantainya yang cantik serta muzium-muzium bersejarah di sini.

Cuti Sekolah 2019 Cuti Sekolah 2019

Bagi memudahkan urusan anda buat yang baru pertama kali ingin pergi melancong, saya menyarankan anda mengikuti agensi-agensi pelancongan yang boleh dipercayai. Bagi yang muslim pula, cari agensi pelancongan yang diketuai oleh muslim dan mereka yang tahu selok belok pemakanan di negara tersebut. 

Bercuti di negara orang tidak sama dengan negara sendiri. Pelbagai kelengkapan dan keperluan perlulah disiapkan dengan secukupnya, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Sentiasa bersedia akan perubahan cuaca kerana kulit kita merupakan organ yang sensitif dan perubahan cuaca yang mendadak akan memberi kesan kepada kulit. Jika anda mencari barangan “toileteries” seperti sabun, syampu dan losyen, saya cadangkan anda membeli Set Travel/Kit Melancong daripada SUCHI. Ianya lengkap dengan barangan keperluan anda semasa bercuti dan saiznya yang kecil dan padat akan memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana.

Tagged ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *