fbpx

memakai celana ketika ihram

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Pada artikel kali ini kita akan membincangkan perkara yang ramai jemaah Haji atau Umrah melakukan kesilapan samada mereka tidak tahu ataupun mereka sudah pun tahu tetapi mereka sengaja melanggar pantang larang ihram iaitu menggunakan celana ketika ihram. Jadi, kita semua sudah sedia maklum bahawa menggunakan celana adalah tidak sah ketika ihram. Persoalannya disini, adakah mereka tahu atau tidak tahu dengan memakai celana adalah tidak sah ketika ihram? jadi saya ingin mengklasifikasikan perkara ini kepada dua bahagian iaitu memakai celana secara tidak sengaja(tidak tahu) dan sengaja ketika ihram.

Memakai celana secara tidak sengaja ketika ihram

Adakah perlu membayar fidyah apabila seseorang itu tidak sengaja memakai celana ketika ihram ? jawapannya adalah tidak perlu, hal ini kerana tidak wajib seseorang itu membayar fidyah kerana tidak mengetahui hukum tersebut. Seseorang akan dimaafkan apabila tidak tahu tentang larangan hukum tersebut.

Memakai celana secara sengaja ketika ihram

Jadi kesinambungan untuk melengkapkan persoalan ini adalah saya ingin membincangkan adakah dengan memakai celana secara sengaja sah ketika ihram? jawapannya adalah tidak sah, ya memakai celana secara sengaja ketika ihram adalah tidak sah dan perlu membayar fidyah apabila seseorang jemaah membuat perkara sedemikian. Hal ini kerana seseorang itu sudah mengetahui perkara tersebut tidak boleh dibuat dan wajib membayar fidyah.

Jadi kesimpulan yang boleh dibuat untuk tajuk ini adalah adapun jemaah yang tahu mahupun tidak tahu, bertanya kepada orang yang lebih arif itu adalah satu kepastian untuk kita mendapatkan informasi yang betul dan tepat. Tambahan pula kita boleh mempraktikkannya dan secara tidak langsung dapat menyebarkan kepada orang lain yang tidak tahu tentang perkara ini.

Jika anda ingin mencari kelengkapan dan produk kosmetik umrah yang boleh dibawa sila klik disini

Rujukan :-

www.shahidtravel.com.my/perkara-yang-dilarang-ketika-dalam-ihram,almanhaj.or.id/1272-umrah-dengan-pakaian-biasa-ihram-dengan-memakai-celana-karena-sengaja-dan-tidak-tahu

http://www.shahidtravel.com.my/perkara-yang-dilarang-ketika-dalam-ihram/
https://almanhaj.or.id/1272-umrah-dengan-pakaian-biasa-ihram-dengan-memakai-celana-karena-sengaja-dan-tidak-tahu.html


Tagged , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *