fbpx

SUCHI DAILY USE

Secara umum sudah mengetahui produk Suchi adalah produk kosmetik untuk ke Haji dan Umrah. Tapi, tahukah anda Suchi juga menyediakan produk-produk yang khusus untuk penjagaan diri dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian dan produk-produk ini dinamakan sebagai Suchi Extra. Namun begitu, ada di antara produk-produk yang tidak boleh digunakan ketika sedang ihram.

Terdapat enam keseluruhannya untuk produk Suchi Extra dimana merangkumi 3 produk yang berbeza iaitu Bodywash Extra(apple & rose), Shampoo & Conditioner Extra(peach & cherry blossom) dan Deodorant Extra. Adapun di antara ketiga tiga produk ini terdapat satu lagi produk yang sesuai untuk kegunaan seharian iaitu Ubat Gigi Suchi. 

  1. DEODORANT EXTRA SUCHI

Deodoran Suchi Extra bertindak mengawal bau badan dan peluh ketika anda melakukan aktiviti harian. Ia boleh mengatasi kulit kering dan sifatnya yang anti inflamasi serta anti bakteria. Selain itu, Deodoran Suchi Extra juga boleh melembutkan kulit dari kasar dan membuang sel kulit mati. Anda akan kekal segar sehingga 48jam.

Bahan Kandungan

Deodoran SUCHI diperkaya dengan khasiat Minyak Castor(Castor Oil). Ia dapat memberikan kesegaran dan kekal kering sehingga 48 jam.

Cara Pengunaan

Sapukan deodoran pada kulit bersih dan kering dengan menggunakan gerakan bulatan untuk liputan sekata.

Deodoran Suchi Extra ini tidak sah ketika ihram dan untuk pembelian sila klik disini

2. Body Wash ( Apple & Rose )

dalam ihram
dalam ihram

Gel mandian dapat melembabkan dan menyegarkan kulit anda. Ia juga dapat mengharumkan kulit. Mempunyai dua haruman iaitu ROSE dan APPLE. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga di rumah.

Bahan Kandungan

Gel mandian Suchi diperkaya dengan ekstrak lidah buaya(aloe vera) dan minyak pokok teh(tea tree oil). Bahan-bahan ekstrak tersebut telah terbukti dapat mengekalkan kelembapan serta menyegarkan kulit anda. Gel mandian SUCHI juga dapat membuang segala kotoran tanpa menjejaskan keseimbangan semulajadi kulit anda.

Cara Penggunaan

Letakkan amaun yang dikehendaki pada span mandi dan buihkan.Ratakan pada seluruh badan dan urut dengan lembut. Kemudian, bilas sehingga bersih.

Body Wash Extra ini tidak sah ketika ihram dan untuk pembelian sila kilk disini 

3. Shampoo & Conditioner ( Peach & Cherry Blossom )

dalam ihram
dalam ihram

Cuaca yang panas dan kering akan menyebabkan kepala gatal dan berkelemumur. Dengan Syampu dan Perapi Suchi Extra, anda tidak perlu risau akan masalah rambut. Syampu ini merupakan syampu 2 dalam satu yang bertindak sebagai syampu serta perapi. Ia mampu melembutkan rambut, mencegah kelemumur dan melembapkan kulit kepala. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga di rumah.

Bahan Kandungan

Syampu Dan Perapi SUCHI diperkaya dengan khasiat Minyak Zaitun(Olive Oil) dan Lidah Buaya(Aloe Vera) untuk melembapkan rambut. Mengandungi Minyak Pokok Teh(Tea Tree Oil) yang memelihara kesihatan rambut dan kulit kepala.

Cara Penggunaan

Gunakan jumlah syampu yang mencukupi ke rambut basah dan urut dengan lembut. Kemudian, bilas sehingga bersih.

Untuk Shampoo & Conditioner ini pula juga tidak sah ketika ihram dan untuk pembelian sila klik disini

4. Ubat Gigi Suchi

Penjagaan gusi dan gigi juga amat penting bagi jemaah haji dan umrah. Ubat Gigi Suchi boleh melindungi gigi dan gusi anda secara menyeluruh. Ia mampu menguatkan gusi serta mengelakkan gigi dari berlubang dan kuning. Selain itu, Ubat Gigi Suchi boleh mencegah bau mulut dengan ekstrak daun pudina yang terkandung didalamnya. Saiz paketnya sesuai dibawa ketika mengembara kerana tidak terlalu besar dan memakan ruang simpanan.

Bahan Kandungan

Ubat Gigi Suchi diperkaya dengan ekstrak Cloves, Cinnamon, Peppermint, dan Piper Betel. Bahan-bahan tersebut dapat membantu menyegarkan nafas dan mencegah nafas berbau serta mencegah gigi rosak.

Cara Penggunaan

Letakkan sedikit ubat gigi pada berus gigi. Berus gigi secara keseluruhan dan kumur. Jangan telan ubat gigi tersebut.

Untuk Ubat gigi Suchi pula sah ketika ihram dan untuk pembelian slia klik disini

Jadi, secara keseluruhannya tidak semua produk keluaran Suchi hanya tertumpu kepada produk penjagaan diri ketika mengerjakan Haji dan Umrah sahaja tetapi terdapat juga produk keluaran Suchi yang tertumpu kepada penjagaan diri kita pada setiap hari. Cuma saya mahu ingatkan bahawa semua produk Suchi Extra adalah tidak sah ketika ihram.

Untuk pembelian barangan Kosmetik Suchi ke Haji dan Umrah boleh klik disini

Tagged , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *