fbpx

LIVE DI MEDIA SOSIAL SEMASA TAWAF

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Pada era yang semakin moden ini semestinya kita tidak terlepas daripada sebarang bentuk gajet sebagai contoh telefon bimbit, kamera dan sebagainya. Tidak kira usia muda ataupun tua mereka sama sekali tidak terlepas daripada menggunakan gajet dan media sosial.

Malah, ada yang merasakan tidak sempurna aktiviti hariannya apabila satu hari itu mereka tidak “mengupdate” status di media sosial mereka tidak kira dalam bentuk gambar, video atau sewaktu dengannya.

Bercakap mengenai para jemaah yang mengerjakan umrah atau haji, mereka juga tidak terlepas daripada “mengupdate” segala aktiviti mereka. Paling banyak kita lihat adalah semasa melakukan ibadat tawaf, ada saja tangan – tangan yang memegang telefon bimbit lalu membuat “live video” atau mengambil gambar.

Persoalannya, apakah hukum menunaikan tawaf sambil live di media sosial ?

Saya memetik daripada pendapat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai persoalan ini di mana mereka berpendapat melakukan aksi seperti di atas adalah dibolehkan tetapi alangkah baiknya ditinggalkan. Ini kerana tawaf dan juga sa’ie termasuk dalam ibadat yang sepatutnya ditumpukan dalam acara ibadat seperti berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi SAW dan tawajjuh hati kepada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda:

الطَّوَافُ حَوْلَ البَيْتِ مِثْلُ الصَّلاَةِ ، إِلاَّ أَنَّكُمْ تَتَكَلَّمُونَ فِيهِ ، فَمَنْ تَكَلَّمَ فِيهِ فَلاَ يَتَكَلَّمَنَّ إِلاَّ بِخَيْرٍ

Maksudnya: “Tawaf mengelilingi Ka’bah seperti solat, hanya saja kamu (boleh) bercakap dalam tawaf. Barangsiapa berkata tatkala tawaf hendaklah mengucapkan ucapan yang baik.”

Riwayat al-Tirmizi (960)

Hal ini diperkukuhkan lagi oleh pendapat kebanyakan ahli ilmu, antaranya:

Kata Imam al-Tirmizi: “Dan yang beramal atas perkara ini di sisi kebanyakan ulama’. Justeru mereka berpendapat bahawa sunat seseorang yang sedang melakukan tawaf supaya tidak bercakap kecuali kerana keperluan atau kerana zikir kepada Allah atau kerana ilmu.” (Lihat Sunan al-Tirmizi, 2/285)

Secara kesimpulannya, tidak semua orang mendapat peluang untuk berada di tanah suci. Jadi kepada para jemaah yang berpeluang dapat mengerjakan umrah atau haji lupakan lah perkara duniawi dan lebihkan beribadat. Semoga Allah mengurniakan Haji atau Umrah yang mabrur untuk kita semua. Amin

Untuk pembelian barangan kosmetik sah ketika ihram ke Haji dan Umrah Suchi anda boleh klik disini

Rujukan

TawafsambilLiveFacebookatauInstagram http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2507-al-kafi-778-tawaf-sambil-live-facebook-atau-instagram

Tagged , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *