fbpx

TEMPAT MENARIK DI JEPUN UNTUK DILAWATI

Jepun merupakan negara pengembaraan tanpa penghujung. Anda boleh menghabiskan masa untuk meneroka tempat menarik di Jepun tetapi belum tentu anda akan dapat meneroka kesemuanya. Merupakan antara negara termaju di dunia, ia bukan sahaja kaya dengan kemajuan teknologi dan permodenan malah turut kaya dengan nilai kebudayaan yang masih dipelihara.

Namun begitu, pemilihan tempat untuk anda lawati harus dirancang dan dilakukan dengan teliti. Alternatif- alternatif yang ada harus dipilih dengan baik agar anda tidak tersalah memilih tempat yang tidak bersesuaian dengan bajet, kos atau mesra keluarga.

Oleh yang demikian, kami akan membantu anda dengan menyenaraikan beberapa tempat menarik di jepun untuk anda lawati dan tempat-tempat ini merupakan “family-friendly” atau mesra keluarga.

Disneyland dan Disney Sea, Chiba

Tempat Menarik Di Jepun
Tokyo Disneyland

Bila bercakap mengenai tempat yang paling sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga di Jepun, sudah tentu Taman Tema Disneyland ini menjadi jemputan. Siapa tidak kenal dengan karakter-karakter keluaran Disney bukan? Dari puteri-puteri idaman kanak-kanak perempuan, hinggalah kisah-kisah pengembaraan seperti Tarzan dan Peter-pan yang terkenal.

Taman tema ini diakui orang ramai sebagai Taman Tema Disney terbaik di antara yang lain disebabkan oleh standard servis, penyelenggaraaan dan pengurusan pelanggan yang sangat hebat dan professional.

Jika anda inginkan sesuat yang lebih unik, anda boleh juga melawat ke Disney Sea yang merupakan salah satu taman tema yang unik di jepun. Diinspirasikan oleh mitos dan lagenda laut, taman ini dibina dengan 7 tema dengan dunia yang berbeza.

Tempat Menarik Di Jepun
Disney Sea, berdekatan dengan Disneyland

Universal Studios, Osaka

Tempat Menarik Di Jepun
Universal Studio Jepun

Jika di Tokyo mempunyai Taman Tema Disney, di Osaka pula wujudnya Universal Studios yang merupakan taman tema kedua yang paling banyak dilawati di jepun. Dikenali sebagai USJ bagi penduduk setempat, ini merupukan Taman Tema Universal yang pertama yang pernah dibina di Asia.

Taman Tema ini mempunyai 8 dunia yang berbeza iaitu Hollywood, New York, San Fransisco, Universal Wonderland, The Wizarding World of Harry Potter, Amity Village, Waterworld dan Jurassic Park. Dengan kewujudan pelbagai jenis permainan yang menarik dan menyeronokkan, tempat ini tidak akan menghampakan anda dan keluarga anda.

Hanayashiki, Tokyo

Mungkin Universal Studio dan Disneyland merupakan kuasa besar dalam industry taman tema ini. Namun begitu, Hanayishiki boleh juga dikatakan sebagai tempat menarik di Jepun dan menakjubkan kerana memegang gelaran sebagai Taman Tema Tertua di Jepun. Telah wujud semenjak tahun 1853, taman tema ini terletak hanya 5 minit perjalanan daripada Stesen Asakusa di Pusat Bandar Tokyo.

Tempat Menarik di Jepun
Hanayashiki

Bagi yang tidak mempunyai bajet yang cukup tinggi untuk ke Disneyland atau Universal Studio, tempat ini pun sudah memadai untuk mengembirakan anak-anak anda. Mungkin tidak segempak yang lain, tapi mampu untuk memberikan keseronokan yang memuaskan kepada keluarga anda.

Studio Ghibli Museum, Tokyo

Bagi peminat karya-karya animasi Jepun atau pun dikenali sebagai Anime pasti mengenali akan dunia-dunia fantasi ikonik yang dekeluarkan oleh Studio Ghilbi seperti Spirited Away dan Howl’s Moving Castle. Studio Ghilbi yang diasaskan oleh Miyazaki Hayao dikenali oleh peminat animasi jepun sedunia ini merupakan antara tempat menarik di jepun yang patut anda lawati.

Direka bentuk dengan stail dan tema berdasarkan filem-filem keluaran studio tersebut, tiada tempat yang anda lalu di sini yang bukan daripada filem-filem tersebut. Adalah disarankan jika anda ingin ke sini tiket perlulah dibeli lebih awal kerana kebiasaannya ia akan habis sebulan lebih awal.

tempat menarik di jepun
Studio Ghilbi

Moominvalley, Saitama

tempat menarik di jepun
Moominvalley

Kawasan ini direka bentuk berdasarkan dunia karakter fiksyen Moomins, sebaik sahaja anda melangkah kaki ke taman awam yang percuma ini anda pasti akan berasa seperti di dunia yang lain. Taman ini terletak di kawasan pergunungan Saitama dan pemandangannya sangat indah. Di sini, anak-anak anda boleh terokai rumah Moomin, bermain taman permainan dan berjalan-jalan di hutan dan sungai berdekatan. Jika cuaca baik, anda boleh berkhelah bersama keluarga anda di sini.

Okinawa Churaumi Aquarium, Okinawa

Tempat ini merupakan salah satu tarikan yang menarik di Okinawa. Ianya merupakan akuarium terbesar di Jepun dan kedua terbesar di dunia selpas Georgia Aquarium di Atlanta (USA). Merupakan rumah kepada pelbagai koleksi haiwan bawah air tempatan ataupun eksotik, berjalan-jalan di sini boleh diibaratkan seperti pengembaraan di bawah lautan. Dengan membawa anak anda akan menjadikan dia lebih mengenali haiwan-haiwan ini dan menghargai ala mini.

tempat menarik di jepun

Okinawa Churaumi Aquarium

 KidZania, Toyosu

Pasti ada yang mengatakan di Malaysia pun ada KidZania juga, kenapa perlu keluar? Mungkin ada yang mahukan anak-anak untuk terokai disiplin dan budaya kerja masyarakat Jepun. Ini adalah tempat sesuai untuk itu selain dapat meneroka kerjaya lain yang tidak ditawarkan di KidZania Malaysia.

Dengan lebih 90 karier yang boleh dipilih dari bekerja di bahagian kilang, fesyen dan doctor, anak-anak dapat belajar bagaimana alam dewasa ini berfungsi dengan cara yang menyeronokkan. Bukan itu sahaja, mereka juga akan mendapat hasil deripada kerja-kerja mereka.

Jigokudani Monkey Park, Yamanouchi.

tempat menarik di jepun
Monyet Salji

Jika anda di kawasan bersalji di sekitar Nagano, tidak sah kalau anda tidak singgah ke Jigokudani Monkey Park, tempat tinggal kepada spesies monyet salji yang unik. Tempat ini merupakan tempat yang menarik untuk menyaksikan haiwan ini menikmati air panas semulajadi di kawasan pergunungan ini. Anda tidak dapat melihat monyet ini di Malaysia tau.

Kawasan ini dibuka sepanjang Tahun. Bagi mereka yang suka bergambar, tempat menarik di Jepun ini sangat cantik untuk diabadikan di dalam gambar ketika musim sejuk apabila kawasan ini diselimuti oleh salji.

tempat menarik di jepun
Jigokudani Monkey Park

Cosmo World, Yokohama

Mengakhiri senarai tempat menarik di jepun dalam posting kali ini merupakan Cosmo World yang terletak di Yokohama. Yokohama merupakan bandar kedua terpadat selepas Tokyo. Ianya terletak berdekatan dengan pusat bandar Tokyo. Walaupun begitu, ianya tidak sesibuk Tokyo. Jika anda ingin ke Tokyo tapi ingin menetap di kawasan yang tidak sibuk, Yokohama adalah tempat terdekat. Salah satu tarikan menarik di sini adalah Cosmo World yang merupakan taman hiburan dan juga tapak pameran yang bersebelahan dengan sungai. Ianya dibuka sepanjang tahun dan menyediakan pelbagai tarikan dan permainan terbaik untuk keluarga anda.

Tempat Menarik di jepun
Cosmo World

Sebanyak 8 tempat menarik yang telah saya senaraikan dalam artikel kali ini. Namun begitu, bukan ini sahaja tempat menarik yang ada. Banyak lagi tempat yang boleh diceritakan dan mungkin akan ditambah di masa akan dating untuk membantu anda.

Apa-apa pun, pastikan persiapan anda cukup untuk melancong. Perubahan cuaca yang mendadak akan memberi kesan kepada kulit anda dan akan mengganggu “mood” anda ketika melancong. Jika anda mencari barangan kelengkapan diri yang lengkap, SUCHI ada mengularkan “Tour Kit” khas untuk para pelancong Malaysia yang dilengkapi dengan barangan seperi Sabun, Losyen, Pelembab Bibir dan lain-lain. Kesemua ini dirumus dengan bahan-bahan semulajadi dan anda tidak perlu risau akan kesan bahan kimia yang tidak diketahui lagi kesannya pada kulit kita.

tempat menarik di jepun
Tour Kit SUCHI
Tagged ,

1 thought on “TEMPAT MENARIK DI JEPUN UNTUK DILAWATI

  1. Good sharing 👍👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *