fbpx

SI KECIL YANG LUAR BIASA : ENCIK LEBAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai semua, harini saya ingin berkongsi sedikit fakta mengenai serangga yang kecil, berbadan belang kuning hitam dan berkepak ini. Siapakah dia?? Dia adalah seekor lebah yang sangat comel dan berbisa. Saya percaya ramai di luar sana tahu akan keistimewaan dan kelebihan si kecil ini. Tapi tahukah anda ada beberapa fakta menarik si kecil ini yang mungkin anda tidak tahu. Jangan risau, jom kita sama-sama bongkar dan ketahui siapakah si kecil ini.

Sumber gambar: Youtube

SIAPAKAH SI KECIL ??

1. ANTARA SERANGGA PALING RAJIN DI DUNIA

Lebah merupakan serangga paling rajin di dunia. Hal ini kerana lebah hanya merehatkan sesungut dan badannya 30 saat. Berbanding dengan lebah tua, mereka merehatkan sesungut dan badannya lebih lama daripada lebah muda. Di antara 3 hingga 6 minggu selepas ia boleh terbang, secara purata lebah madu akan bekerja, sehinggalah mereka mati, biasanya akibat keletihan.

2. ILMU VISUAL

Lebah mempelajari pelajaran visual yang bermaksud lebah juga menjalani proses pembelajaran seperti manusia biasa. Hal ini kerana ketika awal usia kelahiran lebah, mereka juga seperti bayi baru lahir yang tidak tahu apa. Mereka diajar tentang penghasilan madu di sarangnya oleh lebah-lebah dewasa.

3. PENGLIHATAN YANG CEKAP

Mempunyai daya penglihatan yang sangat hebat. Serangga ini mampu melihat perbezaan antara imej-imej, dalam masa 0.003 saat, berbanding manusia dengan 0.02 saat.

4. MENGHASILKAN LILIN LEBAH (BESSWAX)

Mampu menghasilkan lilinya sendiri yang lebih dikenali sebagai “beeswax”. Seperti yang kita tahu, lebah adalah serangga yang hebat dalam menghasilkan madu. Lebah juga boleh menghasilkan lilinnya sendiri dengan cara yang sangat unik.

Adakah anda tahu apa khasiat lilin lebah dalam dunia kecantikan ?? “Yeke ?? ” Iya !! Banyak khasiat yang terkandung dalam lilin lebah ni. Nak tahu lebih lanjut, jom saya kongsi maklumat mengenai lilin lebah (beeswax).

APA ITU LILIN LEBAH / BEESWAX ??

Lilin lebah atau beeswax adalah salah satu hasil produksi  lebah yang dihasilkan daripada proses metabolisme daripada kelenjar lilin lebah pekerja muda yang berusia sekitar 12 hari. Untuk menghasilkan 1 Kg lilin lebah (beeswax) , lebah mengkonsumsi madu sebesar antara 7 hingga 15 kg madu.

Lilin lebah atau beeswax ini mengandungi pelbagai khasiat terutama dalam produk kecantikan. Antara khasiat lilin lebah ialah:

“macam mana nak tahu itu lilin lebah ?? macam mana nak cari produk yang ada lilin lebah??

Anda jangan risau. Mudah je nak tahu macam mana rupa lilin lebah. Saya kongsi sedikit mengenai produk yang mengandungi lilin lebah ni.

Antara produk kecantikan yang mengandungi lilin lebah (beeswax):

1. Pelembap Bibir (lipbalm)

2. Krim Tumit

Kecantikan adalah anugerah yang sangat hebat untuk semua makhluk, sama ada wanita mahupun lelaki. Tahukah anda, kecantikan bukan sahaja terletak pada wajah malah melibatkan seluruh anggota badan bermula dari hujung rambut hingga hujung kaki. Memang tidak dinafikan wanita lebih cenderung menjaga kecantikan berbanding lelaki. Hal ini kerana wanita menganggap kecantikan adalah segalanya. Kerana itu, kebanyakan produk kecantikan lebih cenderung kepada kaum wanita.

Oleh itu, amat disarankan kepada wanita diluar sana untuk peka dan lebih berhati-hati dalam memilih produk kecantikan terutama untuk kulit yang sensitif. Jom sama-sama kita menggunakan produk yang mempunyai lilin lebah untuk kita curi khasiat yang terkandung di dalamnya. Jika anda mencari produk keluaran muslim yang dijamin kandungannya dibuat daripada bahan-bahan semulajadi, anda disarankan membeli produk keluaran SUCHI. Produk-produk SUCHI bukan hanya diyakini bersih malah sah untuk dibawa ketika ihram. Dapatkannya di sini.

Jangan lupa juga, faktor pemakanan yang sihat juga pendorong untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan bermaya. Apa lagi !! Jom, bersama-sama kita cantik dan sihat !!!

Rujukan

Manfaat lilin lebah beeswax. Retrived fromhttps://hellosehat.com/hidup-sehat/tips-sehat/manfaat-beeswax-lilin-lebah/

Tagged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *