fbpx

AMALAN SUNNAH ELAK SYAITAN TEMANI TIDUR MALAM HARI

“aku ni selalu mimpi buruk bila tidur malam..kalau nak cerita pasal kena tindih bila tidur malam memang selalulah..basuh kaki dah, baca doa sebelum tidur pon dah tapi kenapa masih kena kacau ??”

KENAPA ????

Siapa sangka bila iblis dan syaitan datang menggangu kita tidur di malam hari ?? Saya nak kongsi satu kisah benar mengenai kawan saya semasa di asrama dahulu. Hampir setiap malam kawan saya kena tindih. Tahu je lah kalau kena tindih dengan “benda” tu bukan setakat tangan, tapi nak buka mulut nak panggil kawan sebelah pon susah. Sebab dia sangat besar dan hitam. Sampai satu tahap, saya sendiri takut nak tidur sebelah dia sebab takut kena benda yang sama. Tapi saya kuat. Ceh, acah berani kan.

Basuh kaki atau membaca doa sahaja antara cara mudah untuk kita amalkan sebelum tidur untuk mengelakkan daripada gangguan syaitan. Tapi adakah anda tahu bahawa dalam Islam pelbagai cara lebih mujarab yang boleh kita amalkan sebagai pelindung diri semasa tidur.

BERLINDUNG DENGAN KALIMAH SUCI SEBELUM TIDUR

Saya berpesan pada diri dan anda semua amalkanlah sunnah Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, sebutlah a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah ke bahagian kiri sebanyak tiga kali, yang ringan, sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur daripada mulut anda, kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mencari atau mengubah posisi asal anda tidur kepada posisi lain.

APA PERKARA PENTING SEBELUM TIDUR MALAM YANG RAMAI TIDAK TAHU ??

  • Kebersihan tempat tidur

Tempat tidur yang tidak bersih dan kotor antara sebab diganggu?? Ya! Ini saya nak beritahu kepada anda, tempat tidur adalah tempat untuk kita beristirahat selepas seharian melakukan aktiviti. Kenapa ia berkait kerana jika tempat tidur kotor dan tidak bersih, segala kuman atau kotoran secara tidak langsung akan menganggu malam anda. Apabila kotor dan tidak bersih, seperti yang kita semua tahu akan hal ini, tempat yang digemari syaitan adalah tempat yang kotor. Maka, secara automatiknya, makhluk halus akan lebih gemar mengunjungi tempat tidur anda. Oleh kerana itu, anda diganggu makhluk tersebut hampir setiap malam.

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dari Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang suka akan perkara yang suci, Dia Maha Bersih yang suka akan kebersihan, Dia Maha Mulia yang suka akan kemuliaan, Dia Maha Indah yang suka akan keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu”(HR. Tirmizi).

  • Kebersihan diri

Kebersihan diri adalah perkara yang sangat dicintai Allah SWT. Adapun telah disebut bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Kerana itu sangat penting untuk kita jaga kebersihan diri terutama disaat kita mematikan diri yakni tidur di malam hari. Kebersihan diri itu termasuklah bersugi (bersiwak)/menggosok gigi dan berwuduk. Adakah anda tahu kelebihan bersugi/menggosok gigi dan berwuduk sebelum tidur??

AMALAN BERSUGI DAN BERWUDUK SEBELUM TIDUR

Gosok gigi dan mengambil wuduk sebelum tidur malam kerana itulah amalan Rasulullah s.a.w yang sangat dirahmati dan menghindarkan kita daripada gangguan iblis dan syaitan.

“Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun sehingga malaikat berdoa, “Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci”. (HR Ibn Hibban)

Jadi tunggu apa lagi, jom sama-sama kita amalkan sunnah. Jika anda tidak tahu dimana untuk mencari produk 100% buatan bumiputera, saya cadangkan kepada anda kunjungi kami di GALERI MUSLIM SENAWANG untuk lebih banyak barangan atau produk yang istimewa juga kelengkapan khas para jemaah haji dan umrah.

Untuk pembelian produk SUCHI kliksini

AMALKAN SUNNAH, IN SHAA ALLAH HIDUPMU KELAK MENDAPAT BAROKAH!!!

Rujukan

Keutamaan kebersihan dalam islam. Retrived from https://dalamislam.com/info-islami/keutamaan-kebersihan-dalam-islam

Cara mengelakkan diri daripada dihimpit atau ditindih dengan berkesan. Retrived from https://mediamaklumat.com/sering-dihimpit-ditindih-sesuatu-ketika-sedang-tidur-ini-cara-mengelakkan-penjelasannya-yang-berkesan/

Tagged