MENUNAIKAN HAJI/UMRAH DENGAN BERHUTANG
Sejahat mana pun kita, seleka mana pun kita tentang dunia pastinya ada tersemat di dalam diri setiap orang untuk menunaikan Haji/Umrah di tanah suci. Bagi mereka yang berkemampuan mengeluarkan modal untuk ke haji itu bukanlah perkara yang besar untuk mereka. Adapun di antara mereka yang lebih mengutamakan melancong ke luar negara dahulu daripada menunaikan perkara wajib iaitu menunaikan Haji/Umrah bagi mereka yang sudah berkemampuan. Enjoy dulu, taubat kemudian. Pemikiran tersebut memang tidak boleh lari dalam kalangan umat islam.
Tetapi, pada artikel kali ini saya tidak mahu menyentuh golongan – golongan yang sudah berkemampuan tapi saya mahu menyentuh golongan – golongan yang tidak mampu untuk menunaikan haji/umrah. Kita tidak tahu bagaimana mereka mencari rezeki untuk pergi menunaikan Haji/Umrah. Ada di antara mereka yang sanggup berhutang untuk pergi ke Haji/Umrah. Tetapi adakah mereka tahu hukumnya?
Bolehkah Haji/Umrah dengan berhutang ?
Merujuk kepada persoalan di atas, hukum melaksanakan ibadah haji melalui pembiayaan atau pinjaman institusi kewangan adalah dibolehkan dan diharuskan. Namun begitu, pelaksanaan ibadah haji/umrah dengan cara ini mestilah mematuhi beberapa syarat atau dhawabit yang telah ditetapkan sepertimana berikut:
Pertama: Pinjaman kewangan yang dilakukan itu tidak mempunyai unsur-unsur riba. Ini kerana hukum riba telah jelas dinyatakan haram di dalam al-Quran. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Maksudnya: “Dan Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah: 275)
Kedua: Mempunyai pendapatan yang melebihi sara diri serta orang yang di dalam tanggungannya untuk melunaskan hutang dan perbelanjaan dalam mengerjakan ibadah haji. Justeru, barangsiapa yang tidak mempunyai lebihan wang daripada pendapatannya atau pendapatannya hanya cukup-cukup untuk kehidupan sehariannya maka kewajipan untuk melaksanakan ibadah haji tergugur daripadanya sekalipun dia mengambil pinjaman daripada institusi kewangan.
Ketiga: Pinjaman yang dilakukan itu dibuat di atas dasar menyegerakan perintah Allah SWT di dalam melaksanakan rukun Islam semata-mata. Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَرَادَ الْحَجَّ فَلْيَتَعَجَّلْ فَإِنَّهُ قَدْ يَمْرَضُ الْمَرِيضُ وَتَضِلُّ الضَّالَّةُ وَتَعْرِضُ الْحَاجَةُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin menunaikan ibadah haji maka bersegeralah untuk menunaikannya kerana tidak diketahui bila masa sakit itu menyerang seseorang atau kenderaannya hilang ataupun datang keperluannya yang lain.” Riwayat Ibn Majah (2883)
Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin menunaikan ibadah haji maka bersegeralah untuk menunaikannya kerana tidak diketahui bila masa sakit itu menyerang seseorang atau kenderaannya hilang ataupun datang keperluannya yang lain.” Riwayat Ibn Majah (2883)
Sebenarnya tidak perlulah kita berhutang untuk mengerjakan haji atau umrah. Orang yang terpaksa berhutang untuk mengerjakan haji dan umrah menunjukkan bahawa ia belum mampu. Ibadah haji tidak wajib melainkan apabila seseorang itu telah mampu.
Firman Allah (bermaksud);
“Dan di antara kewajipan manusia terhadap Allah ialah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana” (Ali Imran, ayat 97). Kemampuan termasuklah dari segi kewangan merangkumi kos pengangkutan ke Tanah Suci, perbelanjaan diri sendiri di sepanjang perjalanan haji dan perbelanjaan orang-orang yang wajib dinafkahinya selama tempoh ia mengerjakan haji.
Walaupun tidak dituntut berhutang, namun jika seseorang itu meminjam/berhutang untuk mengerjakan haji/umrah, para ulama’ menegaskan; hukumnya adalah harus (yakni tidak haram dan tidak juga makruh, walaupun yang terbaik ialah tidak meminjam) dan haji/umrahnya sah (jika memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan) serta gugur kewajipan haji/umrah darinya. Hendaklah dipastikan pinjaman itu bukan pinjaman yang berteraskan riba. Jika tidak, si peminjam telah melakukan dosa besar dan mengurangkan pahala haji/umrahnya.
Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima dan wajib dilaksanakan oleh seluruh umat Islam yang berkemampuan. Oleh itu, kita sewajarnya berusaha sedaya mungkin untuk meletakkan diri kita sebagai orang yang layak untuk melaksanakan ibadah haji. Apa yang terbaik ialah dengan kita menghimpun wang dari masa ke semasa dan apabila wang yang dikumpul mencukupi barulah kita menunaikan haji. Cara ini dapat mengelakkan kita dari menanggung hutang di mana berhutang di dalam Islam sekalipun diharuskan tetapi tidak digalakkan.
Untuk pembelian produk Suchi Sah ketika Ihram boleh klk disini
Rujukanhttp://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/haji-dan-umrah-dengan-duit-pinjaman.htmlhttp://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-li-al-haj/715-bayan-li-al-haj-siri-11-hukum-berhutang-untuk-menunaikan-ibadah-haji