Haji & Umrah: Kebersihan & Kesucian Diri Menjamin Keberkatan Dalam Beribadah
Agama Islam sangat menitikberatkan perihal tentang kebersihan dan kesucian diri khususnya dalam melakukan ibadah. Hal ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW iaitu :
“Dari Abu Malik al-As’hari berkata : Sabda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” (Riwayat Imam Muslim).
Kalau kita perhatikan ibadah solat, sesungguhnya ibadah itu dilaksanakan dengan menyucikan diri terlebih dahulu iaitu dengan berwuduk. Dengan mengambil wuduk secara sempurna atau dengan erti kata lain iaitu menyucikan diri dengan sempurna, ibadah solat itu mampu dilaksanakan dengan tenang dan membantu kita untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah solat kita. Berdasarkan huraian yang telah dinyatakan, kita dapat faham bahawa betapa pentingnya kebersihan itu demi menjaga kesempurnaan dalam beribadah.
Begitu juga dengan ibadah-ibadah lain terutamanya ibadah haji. Demi memperoleh haji yang mabrur, kita sewajarnya perlu mengikuti segala perkara yang dituntut ermasuk menjaga kesucian dan kebersihan diri sewaktu melaksanakan ibadah haji. Sudah semestinya kita perlu berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan kerana peluang untuk kita mengerjakan haji mungkin 1 kali dalam seumur hidup kita. Oleh sebab itu, kita perlulah menggunakan peluang ini sebaik mungkin agar ibadah haji kita diterima oleh Allah SWT.
Antara cara untuk kita menjaga kebersihan diri sewaktu menlaksanakan ibadah haji adalah dengan menggosok gigi ataupun bersiwak. Sabda Rasulullah SAW:
لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِى لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ
Maksudnya: “Sekiranya tidak membebankan umatku, aku akan memerintahkan mereka supaya bersugi setiap kali bersolat.” (Riwayat al-Bukhari (847) dan Muslim (252)).
Menurut artikel Bayan-Linnas siri ke-152, artikel tersebut ada menerangkan tentang hadis tersebut iaitu
menurut riwayat lain daripada Imam Ahmad pada akhir hadith tersebut, “Ketika setiap kali berwudhu’.” Imam Badr Ad-Din Al-Aini menyebut bersiwak ini akan memperolehi redha Allah, kerana beramal dengan Sunnah Nabi SAW. Selain bersiwak ini juga dianggap sebagai muqadimmah dalam ibadah kerana dilakukan sebelum berwuduk. (Lihat ‘Umdah al-Qari, 16/396). Dengan bersugi, kita dapat menjaga kebersihan gigi dan gusi kita. Kita juga dapat mengelak daripada mengalami masalah nafas berbau yang boleh menggangu jemaah lain sewaktu melakukan ibadah haji.
Walau bagaimanapun, sesetengah daripada kita mungkin tidak biasa bersiwak ataupun menggunakan kayu sugi untuk membersihkan gigi dan mulut. Alternatif lain yang kita boleh aplikasikan ialah dengan menggosok gigi seperti biasa dengan menggunakan ubat gigi. Ganjaran bersiwak itu mungkin kita tidak dapat manfaatnya, akan tetapi ganjaran menjaga kebersihan diri itu sesuatu yang pasti.
Selaku pengeluar barangan kosmetik haji dan umrah, SUCHI mempunyai ubat giginya yang tersendiri iaitu ‘Ubat Gigi SUCHI’ . Ubat Gigi SUCHI boleh melindungi gigi dan gusi anda secara menyeluruh. Kandungan ubat gigi SUCHI diperkaya dengan ekstrak Cloves, Cinnamon, Peppermint dan Piper Betel. Bahan-bahan ini mampu membantu menyegarkan nafas, mencegah nafas berbau, mencegah gigi rosak, mampu menguatkan gusi serta mengelakkan gigi daripada berlubang dan kuning. Saiz paketnya memainkan peranan kerana sesuai dibawa ketika mengembara terutama sewaktu pergi menjalankan ibadah haji kerana tidak terlalu besar dan memakan ruang untuk menyimpan.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan Ubat Gigi SUCHI dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk kami, boleh layari laman web rasmi iaitu www.suchiofficial.com . Semoga dengan menjaga kesucian dan kebersihan diri menjadikan kita lebih yakin untuk melakukan ibadah dengan sempurna.