Kaki berbau ketika beribadah? Apa Nak Buat?
Musim Haji telah tiba, anda mungkin mengalami masalah kaki berbau hapak terutamanya selepas mengambil wudhu dan membuka stokin. Anda kini mungkin sedang khuatir bagaimana anda akan menghadapi masalah ini ketika menunaikan ibadah Haji nanti.
Jangan risau, Suchi memperkenalkan produk yang boleh digunakan bagi jemaah haji yang dibelenggu masalah ini. Produk Losyen Suchi merupakan sebuah produk yang sesuai digunakan oleh anda bagi memastikan kaki anda sentiasa lembap, lembut dan wangi.
Losyen Suchi yang dirumus khas daripada ekstrak semulajadi daripada Daun Pudina, Lidah Buaya dan Minyak Zaitun.

Cuaca di Arab Saudi juga amat berbeza dengan kita yang berada di Garisan Khatulistiwa ini. Cuaca yang panas dan kering mencecah sehingga 43 darjah celcius akan menyebabkan kulit anda kering, menggelupas dan bersisik. Oleh itu, Losyen Suchi ini sesuai digunakan bagi menghalang kulit daripada sebarang masalah.
Jika dilihat, ada di antara jemaah yang terus memasuki ruangan ibadah tanpa mengeringkan kaki dan tangan terlebih dahulu seusai mengambil wudhu. Keadaan yang lembap di anggota badan apabila tidak dikeringkan dengan sempurna akan menghasilkan satu bau yang kurang menyenangkan.

“Ishh, apa bau ni? Siapa tak basuh kaki ni?”
Demikian ialah antara dialog yang akan timbul apabila anda yang kaki berbau ini berada bersama orang ramai.
Sudah pasti anda risau rakan jemaah yang lain akan berasa tidak senang dengan bau-bau yang dihasilkan dalam situasi begini. Itu belum lagi mulut-mulut yang akan menyampaikan berita tidak menyenangkan dan memerli apabila kaki anda berbau.
Ada di antara kita mengambil ringan dengan situasi begini, namun ianya merupakan salah satu aspek kesihatan dan kebersihan yang perlu dititikberatkan oleh kita terutamanya ketika sedang menunaikan ibadah.
Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:
“Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).
Hadis ini menuntut kita sebagai umat Islam menjaga kebersihan yang menjadi antara tonggak penting dalam kekuatan iman seseorang umat manusia.
Ya, anda mesti bertindak segera. Sampai bila bau kaki tu nak jadi mimpi buruk? Anda harus mencari penyelesaian bagi memastikan kaki anda sentiasa terjaga kebersihannya, harum dan lembut apabila dibelai.
Produk Suchi sememangnya sah digunakan ketika dalam Ihram dan telah disahkan oleh mantan Timbalan Mufti Negeri Sembilan, anda tidak perlu was-was lagi melakukan ibadah ketika memakai produk Suchi.
Anda perlu membeli dan mencuba sendiri produk Suchi yang satu ini. Pautan untuk disediakan di bawah. Selamat membeli dan selamat beribadah. Semoga kaki anda sentiasa harum dan lembut.
https://suchiofficial.com/product-category/suchi/