Apa yang perlu anda bawa untuk Haji Umrah?

Tahniah dan selamat diucapkan kepada semua yang terpilih menjadi tetamu Allah swt ke Tanah Suchi. Nak tunaikan ibadah umrah atau haji ini, kita sedia maklum yang kosnya agak tinggi jadi mesti kita nak buat persediaan lengkap, kan? Sebab nak semuanya berjalan lancar nanti semasa melakukan ibadah dan juga ziarah.
Ada yang tidak jelas dan sedia maklum apa yang perlu dibawa dan disediakan sebelum berlepas ke sana. Passport visa itu semestinya kena ada, takkan nak naik kapal terbang takde semua itu, tak pasal pula kena tahan nanti.
Kali ini kita nak bagitahu kepada pembaca senarai barangan keperluan untuk ibadah di sana, nampak simple je kan? Tapi ramai juga yang tak tahu dan ambil enteng semua ini. Nanti dah kat sana, harga barang lagi mahal okay, lebih baik beli siap-siap di Malaysia.
Ada yang bertanya,
“Makcik kena pakai ke kain ihram ni, makcik tak tahu apa yang perlu dibawa ni. Boleh bantu makcik ke?”
Eh makcik, mestilah boleh. Jangan risau, Kak Suchi ada untuk memberi informasi dan panduan terkini untuk anda semua.
Okay, mula-mula kita tengok dulu list barang yang perlu ada dalam bagasi anda nanti masa nak terbang ke Tanah Suci.

Haa, baca dulu okay senarai yang Kak Suchi bagi tu. Lain hari akak akan bincangkan satu persatu barang yang perlu dibawa.
Kita kena ingat, kita nak beribadah dengan lancar dan sempurna kena buat persediaan yang sempurna juga. Jangan berkira, kita nak bertemu Allah dan ziarah tanah yang sinar Islam memancar untuk menerangi keimanan semua umat manusia.
Jumpa next posting, okay? Assalamualaikum 🙂