Rosemary boleh buat perapan. Betul ke?

Kita sering mendengar nama rosemary dalam pelbagai produk kesihatan dan kecantikan.
Namun, ramai di antara kita masih kurang tahu tentang tumbuhan dengan nama saintifik salvia rosmarinus ini dalam dunia masakan.
Rosemary berada dalam keluarga herba yang sering digunakan dalam masakan di kawasan Mediterranean seperti Maghribi, Itali dan Sepanyol.
Jika anda berkunjung ke negara Mediterranean, pasti akan menjumpai rosemary dalam setiap masakan terutamanya pasta.
Selain itu, rosemary juga menjadi bahan perapan utama di negara berkenaan yang semestinya memberi sebuah aroma dan rasa yang istimewa kepada makanan.
Chicken rosemary adalah satu hidangan yang popular yang menggunakan rosemary sebagai bahan perapan utamanya
Rosemary mengandungi iron, kalsium dan vitamin B6 yang membantu dalam meningkat dan mengekalkan kesihatan mata dan otak.
Selain itu, rosemary turut dijadikan teh, di mana daun rosemary segar akan dikeringkan sama seperti proses pembuatan teh pada umumnya.
Teh rosemary memberikan sebuah aroma yang istimewa yang menyegarkan kepada sesiapa sahaja yang menikmatinya terutamanya pada musim sejuk.
Rosemary boleh ditemui di pasaran di negara ini namun harganya sedikit mahal kerana diimport daripada luar negara.
Begitulah antara kebaikan dan kegunaan rosemary dalam hidangan yang boleh digunakan oleh kita.
Selamat mencuba!