fbpx

Maklumat Syarikat

EKSEKUTIF SYARIKAT

MUHAMMAD SYAFIQ BIN BAHARUDIN
PENGURUS PEMASARAN

HAJI BAHARUDIN BIN MOHD ABD RAHIM
PENGURUS SYARIKAT

HAJAH SITI NORAIZA BINTI NORDIN
PENGURUS AKAUN

SEJARAH SYARIKAT

Frontpage solution mula ditubuhkan pada 15.12.2012 di Seremban,Negeri Sembilan. Syarikat ini memulakan perniagaan di Terminal 2, Seremban dengan sebuah lot kedai pasaraya tersebut. Perniagaan di Terminal 2 hanya bertahan selama 3 bulan sahaja dan terpaksa ditutup kerana kurang mendapat sambutan.

Pada tahun 2013 perniagaan ini telah membuka satu lagi lot perniagaan di Giant Hypermarket senawang. Di sini kami mempelbagaikan barangan perniagaan seperti Buku-buku agama, CD agama, Pakaian dan Kelengkapan Haji dan Umrah dan yang berkaitan keperluan barangan ibadah.

Selain itu,Galeri Muslim Senawang juga menyediakan pelbagai pilihan Kurta, Jubah Lelaki, Jubah Wanita, Pelbagai jenis Tudung dan Shawl, Pakaian Renang Lelaki dan Wanita, dan juga produk kosmetik Haji Umrah. Alhamdulillah dengan kehendak dan izin ALLAH yang Maha Pemurah, perniagaan ini telah diterima oleh pelanggan-pelanggan kami kerana kami mementingkan kepuasan pelanggan dan harga yang sangat munasabah.

Memandangkan sambutan daripada pelanggan yang ramai bukan sahaja daripada Negeri Sembilan tetapi kami juga dikunjungi oleh pelanggan daripada Melaka, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Perak.

Di atas sambutan dan sokongan daripada pelanggan kami maka pada tanggal 7.10.2014, premis baru telah di buka di Pusat Bandar Senawang seterusnya melihatkan penubuhan Senawang Galeri Muslim  dan juga dikenali sebagai Galeri Muslim hingga ke hari ini.