ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Kehendak dan Izin-Nya, Galeri Muslim dapat mengeluarkan satu lagi jenama yang diberi nama SUCHI. SUCHI adalah Kosmetik Haji Umrah yang terdiri dari Losyen Badan, Krim Tumit, Pelembap Bibir, Gel Mandian, Syampu dan Perapi, Krim Muka UV SPF25 3 dalam 1, Deodoran, Ubat Gigi, Losyen BFIT(Lutut dan Sendi) dan Pencuci Muka.
Produk SUCHI diperkaya dengan Minyak Zaitun yang telah terbukti dari zaman dahulu hingga ke hari ini sebagai bahan yang sangat penting untuk mengekalkan kecantikan dan kelembapan kulit. Minyak Zaitun adalah buah yang disebut di dalam Al-Quran, jelas di sini bahawa buah ini mengandungi keistimewaan tersendiri. Untuk pengetahuan kita semua, cuaca di Tanah Suci adalah sangat KERING walaupun dalam musim sejuk apatah lagi musim panas. Cuaca di Tanah Suci sangat berbeza berbanding Malaysia iaitu lembap sepanjang tahun.
Selain minyak zaitun, SUCHI juga diperkaya dengan:
1. Minyak Bunga Matahari
2. Shea Butter
3. Peppermint
4. Aloe Vera
5. Tea Tree Oil
6. Cajeputi
7. Lavender
8. Cinnamon
9. Cengkih
10. Beeswax