TISU BASAH AVAILABLE NOW Shop now

Assalamualaikum wbt,

 

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan kehendak dan izin-Nya, dengan syafaat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan berkat guru-guru kita, dengan karamah dan hikmah kedua ibu dan bapa kita, maka dengan ini kami dari SUCHI MALAYSIA SDN BHD ingin mengumumkan bahawa produk SUCHI telah disahkan HALAL oleh JAKIM.

 

Setelah 7 tahun di dalam pasaran, kami komited selaku pengeluar produk kosmetik haji dan umrah yang boleh dipakai ketika ihram dalam usaha untuk mendapatkan status HALAL ini.

 

Kami percaya kejayaan ini adalah hasil dari sokongan, doa anda semua dan dengan izin Allah, maka kejayaan ini dapat terlaksana.

 

Kami berterima kasih kepada semua pihak terlibat dari pengilang, pengurusan syarikat dan juga semua kakitangan syarikat.

 

Hanyut kayu dari bukit,

Dari gunung berkati-kati,

Segunung budi bukan sedikit,

Tidak tertanggung sampai ke mati

 

Sekian, terima kasih.

-Suchi Malaysia Sdn Bhd-